Monday, May 25, 2009

Tips Menjaga Keselamatan Tayar

SELAIN enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah di jalan raya.

Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.


Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:


 


·  Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.


·  Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.

Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.

·  Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

·  Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

·  Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.


·  Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.

·  Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.

·  Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

·  Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.

Cara Terbaik Jimatkan Petrol

Cara Terbaik Jimatkan Petrol


Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol.  Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.


Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran.   Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.  Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.


Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.


Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.




Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.   Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.



Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.   Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda.   Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok.  Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Thursday, February 19, 2009

Jual Beli Kereta Malaysia Blog Terkini

Jual Beli Kereta Malaysia Blog Terkini
Jual Beli Kereta Malaysia Blog Terkini
Jual Beli Kereta Malaysia Blog Terkini
Jual Beli Kereta Malaysia Blog Terkini